man ANA?

Assalamu’alaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim….

Ahlan wasahlan sahabat-sahabat yang sudi menyumbangkan sedikit masa untuk bertandang ke mahallah ini…Semoga Allah permudahkan serta memberkati setiap ilmu yang telah sahabat perolehi samada di sini ataupun sebaliknya.

Sahabat-sahabat…
Sejujurnya aku bukanlah dalam golongan yang terbaik dan bukan juga terhebat..tetapi cukuplah sekadar menyebarkan ilmu serta menimba ilmu atas setiap ilmu yang aqu perolehi. Aku juga masih lagi memimpin diri ke arah redha Illahi. Diri ini masih dahagakan ilmu Allah. Meskipun aku tahu ilmu Allah itu teramatlah luas…



Teringat aku pada firmanNya..

“dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..” (Surah Luqman :27)

Hati ini masih lagi penuh khilaf, sentiasa ingin berubah ke arah yang diredhai..aku harap bimbingan daripada kalian atas segala ilmu yang telah aku sampaikan. Andai terdapat khilaf dan salah,tegurlah aku dengan cara yang hemah..insyaAllah..aku pasti menerimanya dengan ramah.. J
Aku insan hina, insan lemah..seringkali silap dan alpa..dengan adanya mahallah ini…dipermudahkan untuk aku lebih peka dan tekun untuk menimba ilmu serta berkongsi bersama sahabat-sahabat.


Seperti sabda nabi Muhammad s.a.w
“sampaikanlah dariku walau satu perkataan”

Coretan aku sekadar renungan bersama, pengalaman dan pengajaran yang ringan serta senang untuk aku kongsikan bersama. Perkongsian ilmu dariku hanyalah untuk mengingatkan diriku juga sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama menyusun  langkah demi menuju dunia yang kekal di akhirat sana.

“Janganlah anda memandang aku hanya melalui kata-kataku..kadangkala ianya hanya ciplakkan daripada isi luaranku..tetapi jika benar ingin tahu..pandanglah aku dengan kata-kata jauh dari sudut hatimu..”

Salam mujahadah bersama ummah!  :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS